Kelihatan seorang anak kecil sedang berlari-lari dipinggir pantai bersama dengan kakaknya. Di bawah pokok pula terdapat 3 sahabat baik sedang berbual-bual riang. Tiba-tiba..
“Haina bawa adik kamu ke sini sayang”, kata salah Dijah secara tiba-tiba.
“Ok ma”, jawab kanak-kanak bernama Haina itu. Haina dan adiknya berlari ke arah mama meraka dan terus duduk di atas tika yang mama mereka duduki bersama-sama 2 temannya.
“Em...bila kita boleh ketawa macam ni lagi kan. Minggu depan Sal dan Anum akan pulang ke Sabah”, kata Sal sedikit sayu akan meningalkan teman baiknya Dijah.
“Ala masa cuti kamu berduakan boleh datang kemari lagi”, kata Dijah.
“Kamu tau kan si Kamarul selalu sebuk dengan hotel mereka yang baru di buka di Sabah tu, jadi susal la kami nak datang Jah”, kata Hanum. Tiba–tiba dia teringgat tolakan suaminya untuk datang ke Johor. Puas dia memujuk tapi suaminya tidak mahu pergi dengan pelbagai alasan. Sehingga dia mengatakan dia teringgin nak makan mee bandung Johor baru lah dia dapat datang bersama-sama Salbiah yang bercuti di Johor bersama suaminya kalau tidak jawabnya tidaklah dapat dia datang.
“Betul kata Anum tu. Ini pun sebab Zaim menyelesaikan urusan kalau tidak memang tak la Sal datang”, kata Sal pula.
“Itu la dulu Jah suruh cari orang Johor tak mahu. Nak gak dengan orang jauh, kan dah jarang dapat pulang tempat lahir sendiri”. Dijah cukup tidak sangka dua kawanya boleh berkawin dengan orang jauh. Yang paling mengejutka kamarul dan zaim adalah kawan baik.
“Dah jodoh nak wat macam mana lagi Jah”. Jawab Sal dan Hanum serentak lagi.
“Kamu berdua ni asyik jawab serentak je kenapa? Tak suka tau macam ni. Rasa terpinggir je”. Kata Dijah dalam nada merajuk.
“Kami pun tak tau la napa boleh jadi macam ni. Jangan la rasa macam tu lak”, kata Hanum.
“Yela tu..nak merajuk la”, sambil membuat muka merajuk Dijah bersuara.
“Apa mama ni tak cun la merajuk-merajuk, ni kan adik?” kata anak sulung Dijah yang hanya memerhati perbulan mama dan teman-temannya dari tadi. “Betul tu mama”, kata adiknya pula.
“Tengok Jah anak kamu pun tahu. Dah la tu Jah. Esok kami dah nak pulang tak kan nak merajuk lagi”, kata Hanum pula.
“Hehe mana de Jah majuk. Jah gurau je lah. Tak sangka anak mama pandai puji eh…” sambil melihat kepada anaknya. Anak-anaknya hanya tersenym. “Jah tak merajuk pun la. Saje je wat kamu bersalah, maaf ye”, sambil membuat muka tidak bersalah.
“Sal dah agak dah dari kecik sampai sekarang sama je kan..” kata Sal yang dah tau Jah hanya berpura-pura merajuk.
“Kamu ni Jah…” Hanum membuat muka geram.
“Dah besar anak bujang sorang ni kan Sal?”, kata Hanum sambil mengusap kepala kanak-kanak lelaki itu.
“Ya lah Anum, dah boleh buat menantu kita ini Anum”, kata Sal sambil tergelak diikuti teman-temannya. ”Betul tu Sal”, jawab Hanum selepas itu.
“Kalau anak awak tu perempuan boleh la jah masuk meming kelak. Dibuatnya lelaki macam mana?” kata Dijah.
“Ha tu la awak tak tau Dijah. Baby yang ada dalam kandungan kami dua-dua girl tau. Memang leh sangat lau nak masuk meminang”, Kata Hanum sambil mengusap perutnya yang sederhana besar itu.
“La ye ke..tak sangkakan hasrat korang tercapai nak anak perempuan. Tapi kena la tanye tuan badan dulu nak yang mana kan takan nak dua-dua kot”, kata Dijah sambil menangkat anaknya bujangnya dan didudukan diatas pehanya. “Ha Di sayang. Dalam perut Cik Sal Dan Cik Hanum ada dua girl. Di nak pilih yang mana?”.
“Anak kecil yang baru berusia 6 tahun itu diam seketika selepas mendengar pertanyaan mamanya sambil meletakkan tangannya ke dagu seolah-olah berfikir. “Em Di rasa ……” dia bangun dari pangkuan ibunya dan menyangkung di depan Cik Sal Dan Cik Hanum. Anak kecil itu meletakan tanganya di atas kedua-dua perut wanita itu. Mukanya di senyumkan di depan Cik Sal Dan Cik Hanum. Macam comel la konon.
“Ha mama..Di dah tau..”, sambil bangun dan menoleh ke mamanya. “Di nak dua-dua la mama. Boleh?”, kata anak itu selamba. Dijah, Sal dan Hanum terkejut seketika dengan penyataan anak itu dan ketawa.
“Ha..Boleh ke Di jaga dua-dua ni?”, kata Dijah seperti tidak percaya anaknya akan berkata seperti itu.
“Boleh mama.. Di kan kuat cam Superman jadi Di leh jaga dua-dua ma”, jawab anak kecil itu.
“Ha Sal Num,cam ne sanggup ke kamu memadukan anak mu itu?”, tanya Dijah sambil tersenyum.
“Kalau kita ni pun tak sanggup ini kan pula anka-anak kita Jah”, kata Sal dan Hanum serentak. Mereka menoleh sesame sendiri kerana terkejut boleh berkata serentak. Dijah melihat pelik dan ketawa selepas itu. Akhirnya mereka bertiga ketawa bersama-sama.
Akhirnya ketiga sahabat itu ketawa riang dipetang itu. Mereka menghabiskan masa bersama sebelum mereka berpisah lagi.
‘Ya Allah..Indah sungguh hari ni’ desis hati 3 sahabat ini serentak.
Hope enjoy =>
<sambung>