sELamaT DatnG

ini blog sy ... hasil jari jemari saya ... hasil luahan hati sy ... kalau korang suka dialukan follow ... tp lau x xpe la ... TeRiMa KaSiH atAs kEsUDiaN dAtanG Ke BLog Saya ... =D LuV AlL

Ahad, 25 September 2011

Kami hOnEy bab 2


Bab2

26 tahun berlalu

            “Oh Malaysia i’am back!!!...ops ops....Malaysia saya pulang..!!”,’wah puas ye dapat balik tanah tupah darah ku.... ‘, jeritnya pula di dalam hati sambil mendepa tangan di depan pintu KLIA.  Kalau orang tengok ini mesti kata aku gila.  Tapi apa aku kesah negara aku.

Tiba-tiba....

            Buk!

            “Ooo mak kau...” termelatah lak.  ‘Eh eh kawal-kawal janga jatuh dekat depan pintu ini ramai orang buat malu je lau jatuh kang’.  “fuh.. selamat....lau tak 7 keturunan tanggung malu ni...”.  ’Tapi apa yang langar aku ek?’ dia terus menoleh kebelakang.

            “Eerr ma...aaf sa..sa ..ya.. tak se..se..gaja”, dengan membuat muka bersalah orang yang melangar meminta maaf.

            “La OKU rupanya.  Kesian..eh jap kesian tak kesian, asal langga orang ni buta ke.. sebesar pintu ni...orang ni gak yang nak dilangar..dah la gagap ..buta pulak tu” ‘tapi cantik  gak minah ni’ guam dihati.

            ‘Eh perempuan ni dah la berdiri kat pintu ni macam orang gila pastu nak marah aku pulak..bukan aku segaja pun...yang si supir  ni pun mana la pula....aaarrrrhhhggg geram  betul la...’ monolong orang yang melangar dalam hati.  Dia tidak berminat untuk bertengkar cukup rasanya dengan maafnya tadi.

            “Hoi dengar tak pe orang kate ni..berangan la pulak...atau ada masalah pendengaran.  Kesiannya kau ni”, Nurul Lailyna sambil melihat perempuan yang melangarnya tadi dari atas kebawah. Cantik tapi ada masalah mememang kesiankan?

            “Sayang!!!”, jerit satu suara dari satu sudut KLIA menyebabkan keempat-empat pasang mata terus terarah kesuara tersebut. Nampak seorang lelaki sedang menapak menghamipiri mereka.

            “Hai sayang..asal lambat ni ha?...ingat u tak nak ambik i tadi” kata Nurul Lailyna yang kene langar sambil memaut lengan jejaka yang memanggil sayang tadi.  Tujuannya untuk mencemburukan perempuan OKU yang melangarnya.

            “ Sorry la sayang tadi jalan jam la... sorry k laily sayang”,  jejaka tersebut cuba memujuk wanita dihadapanya.

            ‘Hek elah nak buat drama Korea la pulak kat tengah KLIA ni...but macam kenalnya je mamat ni..tapi tak kan la..dia kate pergi sabah...ah aku perlukan kepastian’ guam wanita yang kena langar dalam hati.  “Syed Dani Iwan”, dia memanggil lelaki itu.

            “Sakinah?”, nama itu keluar secara sepontan dari mulutnya apabila terdengar suara yang memanggil namanya dan dia terus menoleh ke bekang. “Sakinah? Sapa tu u.?” Laily terkejut juga apabila jejaka itu menyebut nama sakinah secara tiba-tiba.

            Memang sah la.  “Yes i’am nursakinah binti abd. Zaim a.k.a. girlfriend Syed Dani Iwan bin Syed Azwan. Tapi rasanya title itu berakhir saat ini je setelah apa yang saya nampak sekarang. Saya cukup tak sangka awak sanggu buat saya macam ini. And saya cukup tak sangka ‘Sabah ‘ yang awak perkatakan itu rupanya suruh saya ‘bersabar’ dengan sikap kasanova awak Syed Dani Iwan. Dan saya tak sangka apa yang kawan-kawan saya kata dan apa sampul ini tunjukkan kepada saya adalah benar belaka.” Kata sakinah dengan cukup marah dan sambil mengeluarkan sampul surat dalam bag tangannya.

            “Sayang se..benar..nye...semua  ni..”,  belum sempat dani menghabiskan kata-katanya sepantas kilat sakinah memotong .

            “STOP! No more reaseon Dani. Awak ambik semua ni. Dan dengar baik-baik setelah setelah bersama 3 tahun 3 bulan 30 hari 3 jam 33 saat..saya Nursakinah Abd Zaim telah berpisah secara rasmi dengan Syed Dani Iwan Syed Azwan dan mulai saat ini saya tidah mahu melihat awak lagi dan jangan kacau saya lagi. WE WAS O VER..!” sakinah mencampak sampul surat kepada Dani dan terus berlalu mendapatkan texi.  Walaupun hatinya puas tapi setitik demi setitik air mata jatuh kebumi.

            “Sakinah dengar dulu i tak ada apa-apa dengan perempuan ini” Dani memaut tangan sakinah. Sakinah telah salah sangka dia perlu merungkai kesulitan tersebut. 

            “Eh aku peduli apa kau ada hubungan ke tak.  Kita pun dah tidak ada apa-apa hubungan ok   So tolong paham batas k..” Sakinah merentap tangannya dengan kuat dan berjalan laju. Sakinah terus masuk ke dalam sebuah texsi yang terdapat di situ tanpa menhiraukan panggilan Dani.

            “Kinah...Sakinah..!!!” “aaaarrrhhhhggggg!!!!!!!!!” Dani mencerit geram.

            “Dani sorry i tak tau...and i tak sangka dia tak gagap..” kata Laily serba salah. Tak sangka begini jadinya. Ingat nak cemburukan sekali memang awek dia la pulak.

            Dani hanya diam nak terus membuka sampul surat yang dicampak oleh Sakinah tadi.  Apabila terkeluar isi kandungan sampul surat, muka Dani berubah dengan wajah terkejut sangat. ‘Oh My God patut la dia marah sangat..sapa la punye keje ni..memang sial tul...’ guamnya dalam hati sambil melihat gambar dia bersama-sama wanita-wanita di kelab malam yang sering berkunjung. Tapi tidak disangka ada orang yang memerhati tingkahlakunya selama ini.

            Sakinah tahu dia sorang yang bersosial dan sering kekelab malam bersama teman-teman untuk mendapat kan hiburan dihujung minggu.  Sakinah juga sering menasihatinya supaya jangan pergi ketempat itu lagi setelah kes setahun yang lalu.  Tetapi Dani sering memungkiri janjinya dengan pergi ketempat itu sekali sekala tanpa pengetahuan Sakinah.  Tetapi tak sangka dia boleh terkantoi lagi.  Betul la kata peribahasa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.  Tapi semua gambar ini bukan di ambil pada tahun ini semuanya gambar tahun lepas sebelum kes malang tu kerana singatnya selepas kes malang tu dia kekelab hanya untuk berborak dengan teman-temannya tidak mendekati mana-mana wanita dan  terutama najis arak tu langsung dah tak sentuh. Semua ni dilakuakan demi cinta kepada Sakinah yang semakin mendalam. ‘Aaaaghhh tapi ni semua kerja sapa...tak guna bukan senag nak dapat sakinah tapi hilang sakinah senang pulak....pe la nasib...’

            “OMG dani i ingat u dah tak join kelab lepas kes pukul tu...tapi tak serikkan..pe nak jadi gan u ni”. Kata Laily selepas turut serta melihat gambar Dani berpelukan dengan pelbagai wanita ‘Apa la nak jadi entah awek dah cantik pun nak cari lain ke...’ guamnya dalam hati pula.

            “Eh kau boleh diam tak. Dah la jom aku hanta kau balik.” Kata Dani dengan wajah bengang sambil berlalu ke tempat keretanya.

            “Marah i pulak.  U yang cari pasal i yang kene marah pe kes”, runggut Laily sambil mengekori langkah Dani yang laju itu.



            Setahun yang lalu di sebuah kelab malam, berhimpun berpuluh warga muda kota yang siring tertagihkan hiburan yang melampau kerana hanya di kelab malam seperti ini lah mereka menenangkan fikiran setelah penak bekerja atau pun belajar.  Di sini tempat mereka bersosial antara lelaki dan perempuan tanpa batas.  Di sini juga kisah Dani bermula.

            Kelihatan Dani bersama teman-temannya sedang hayal menari dengan wanita-wanita cantik yang setia penjadi peneman. Apabila diri telah hayal dengan arak memangla apa sahaja yang dibuat tidak disedari. Dengan iringan muzik yang membingitkan telingga Dani dengan rakus memeluk wanita yang sudi menemaninya. Bukan hanya pelukan tetapi cumbuan disetiap tubuh wanita itu juga di lakukan. Memang tak takut dosa betul la Dani ini. Tiba-tiba...

Buk!!

            “Aduh!” guam Dani sakit apabila ada objek yang mengenai kepalanya. Dia memegang kepala yang terasa sakit dan basah. Dia melihat tangannya yang ada sedikit darah dan tangannya berbau arak. Terus dia menoleh kebelakang melihat siapa yang memukulnya dengan botol arak tersebut. Terlihat seorang lelaki yang berbadan besar bersama 3 lagi mukin teman atau pengikutnya.

            “Hoi, asal kau pukul aku dengan botol arak ha?! Tak de sivik ke?”amarah Dani mula memuncak dengan perbuatan lelaki itu. Perempuan yang tadi seronok bersama Dani telah berlari ke belakang lelaki tersebut.

            “Helo bro sapa yang takda sivik sekarang lu ka gua? Lu yang terkenja-kinja macam moyet dengan awek gua pe cita bro? Siap kiss kiss lagi. lu sapa bro”, kata lelaki tersebut dengan wajah masam.

            “Oh awek kau ke? Takde tulis nama kau pun? Lagi pun awel kau yang datang kat aku, aku apa lagi gap la. hahaha” kata Dani sambil bergelak besar bersama-sama temannya yang lain.  “Wait wait wait, aku rasakan bro awek kau ni GRO la. Ye la dah ada kau tapi pergi kat aku lak. Betul tak kawan-kawan?” kawan Dani mengiakan kata-kata dDani degan gelak tawa.

            “Apa kau cakap. Ulang balik aku tak dengar la?” lelaki tersebut semakin berang.

            “Awek kau tu G. R. O. !” kata Dani kuat. Habis sahaja Dani berkata satu tumbukan mengenai mukanya menyebabkan dani hampir terjatuh.  Nasib dekawan-kawannya yang menyambutnya tadi. “Kau main kasar pulak eh. Nak kene ni”, Dani menumbuk kembali muka lelaki itu. Maka pergaduhan berlangsung. Muzik yang berkumandang mula berhenti. Orang yang sebuk menari juga terberhenti dan menyaksikan pergaduhan tersebut.

            Pergaduhan berlarutan sehinggalah...” STOP IT DANI!!!!”

            Secara spontan pergaduhan terhenti dengan tiba-tiba. Dan semua orang memandang kearah suara tersebut. “Sakinah???” dani terperanjat dengan kehadiran Sakinah disitu. Dia melihat sakinah yang bertudung litup menhampirinya dan menarik tangannya keluar dari kelab itu. Sampai sahaja di luar pintu kelab Sakinah menolak tubuh dani kehadapan sehinga dani jatuh terduduk. Orang yang lalu lalang di situ melihat ke arah mereka.

            “Aduh sakit la sayang” Dani mengusap pungungnya yang sakit kerana terhentak kesimin. Dah la kene pukul sekarang kene tolak pulak.

            “Oh sakit eh? Meh kinah tambah lagi” sakinah mula menhampiri Dani yang ingin berdiri.

            “Ops ok ok ok dah sayang ni pun dah cukup sakit. Bawak Dani pergi klinik boleh”, Dani menahan tangan Sakinah yang ingin menoloknya lagi. Sakinah terus belalu kekeretanya sambil di ikuti Dani.

            Mujur Sakinah mempunyai teman yang membuka kliniknya secara 24 jam. Dani mendapat rawatan tersebut. Apabila Dani di tanya sama ada ingin membuat laporan polis dani hanya bergeleng kepala. Mujur luka dikepala dani hanya luka kecil jadi dia tidak perlu membuat sebarang jahitan.  Selepas dani mendapat rawatan dia mencari kelibat teman wanitanya takut juga kalau Sakinah meninggalkanya. Dia tersenyum apabila terlihat Sakinah sedang duduk dibangku menunggu.  Dani menhampiri sakinah dan duduk di sebelah wanita itu.  Menyedari keadaan tersebut sakinah berganjak kebangku ketiga dari tempat duduknya. Dani ingin menghampirinya tetapi dihalang Sakinah.

            “Tolong jangan dekat saya tak suka bau awak” kata Sakinah masih marah.

            “Em sayang sebenarnya...”

            “Kita putus” Sakinah berkata pantas memotong bicara Dani.

            “What? No saya sayang awak tak munkin saya putus gan awak. Awak sayang sayakan” rayu Dani.

            “Sayang konon. Sayang apa kalau awak buat benda yang hina belakang saya. Minum arak berpeluk bercium dengan mana-mana perempuan yang awak suka. Apa benda punya sayang kalau macam dani. Awak nak tipu saya ke? Awak jangan ingat saya diam saya tak tau apa yang awak buat Dani. Saya tak lemah ok” kata Sakinah dengan suara yang sedikit tinggi. nasib tak de orang kat klinik tersebut kalau tak malu la.

            “Emm....saya pun tak tau macam mana saya boleh buat benda macam tu sayang. Maaf kan saya”, Dani kesal dengan perbuatannya tapi apa dia boleh buat kalau syaitan lebih menguasai diri apabila menjejakan kaki di situ.

            “So pe janji awak kali ni?” Sakinah tidak melihat lansung kemuka dani kerana masih geram.  Kalau tidak kerana sayang Sakinah tidak akan masuk langsung ke tempat syaitan tersebut.  Setelah dia mendapat pangilan dari juana teman wanita kawan baik dani dia datang dengan segeran ketempat tersebut.  Dia tahu dia tidak akan dibenarkan masuk kerana cara pakaiannya muslimah oleh itu dia memakai baju sejuk yang bertopi untuk menutup tudungnya dan dia berjalan sedikit menunduk untuk melepasi pengawal yang berdiri di depan pintu.

            “Dani tak kan buat lagi sayang. Dani janji”kata Dani bersungguh-sungguh.

            “Berapa lama janji ini akan bertahan dani?” Sakinah masih enggan menoleh.

            “Dani akan pastikan selama-lamanya sayang”, kata Dani lagi

            “Baiklah kita tegok je” Sakinah mula berdiri. “saya dah suruk Hakim datang ambik awak. Tak sanggup rasanya nak bau arak lama-lama. Dan lagi satu saya nak awak potong rambut awak sampai botak. Kalau awak tak buat.. kita tengoklah apa yang mungkin terjadi”, Sakinah terus berlalu tanpa menoleh.

            “Terima kasih sayang dani akan tunaikannya”, kata dani gembira. Botak pun botak la asal Sakinah kembali kepadanya. ‘i love u Sakinah’.

<sambung la>

Jumaat, 19 Ogos 2011

KaMi hOnEy


Bab 1
            Kelihatan seorang anak kecil sedang berlari-lari dipinggir pantai bersama dengan kakaknya.  Di bawah pokok pula terdapat 3 sahabat baik sedang berbual-bual riang. Tiba-tiba..

            “Haina bawa adik kamu ke sini sayang”, kata salah Dijah secara tiba-tiba.

            “Ok ma”, jawab kanak-kanak bernama Haina itu. Haina dan adiknya berlari ke arah mama meraka dan terus duduk di atas tika yang mama mereka duduki bersama-sama 2 temannya.

            “Em...bila kita boleh ketawa macam ni lagi kan.  Minggu depan Sal dan Anum akan pulang ke Sabah”, kata Sal sedikit sayu akan meningalkan teman baiknya Dijah.

            “Ala masa cuti kamu berduakan boleh datang kemari lagi”, kata Dijah.

            “Kamu tau kan si Kamarul selalu sebuk dengan hotel mereka yang baru di buka di Sabah tu,  jadi susal la kami nak datang Jah”, kata Hanum. Tiba–tiba dia teringgat tolakan suaminya untuk datang ke Johor.  Puas dia memujuk tapi suaminya tidak mahu pergi dengan pelbagai alasan.  Sehingga dia mengatakan dia teringgin nak makan mee bandung Johor baru lah dia dapat datang bersama-sama Salbiah yang bercuti di Johor bersama suaminya kalau tidak jawabnya tidaklah dapat dia datang.

            “Betul kata Anum tu. Ini pun sebab Zaim menyelesaikan urusan kalau tidak memang tak la Sal datang”, kata Sal pula.

            “Itu la dulu Jah suruh cari orang Johor tak mahu.  Nak gak dengan orang jauh, kan dah  jarang dapat pulang tempat lahir sendiri”.  Dijah cukup tidak sangka dua kawanya boleh berkawin dengan orang jauh. Yang paling mengejutka kamarul dan zaim adalah kawan baik.

            “Dah jodoh nak wat macam mana lagi Jah”.  Jawab Sal dan Hanum serentak lagi.

            “Kamu berdua ni asyik jawab serentak je kenapa? Tak suka tau macam ni.  Rasa terpinggir je”. Kata Dijah dalam nada merajuk.

            “Kami pun tak tau la napa boleh jadi macam ni.  Jangan la rasa macam tu lak”, kata Hanum.

            “Yela tu..nak merajuk la”, sambil membuat muka merajuk Dijah bersuara.

            “Apa mama ni tak cun la merajuk-merajuk, ni kan adik?” kata anak sulung Dijah yang hanya memerhati perbulan mama dan teman-temannya dari tadi. “Betul tu mama”, kata adiknya pula.

            “Tengok Jah anak kamu pun tahu. Dah la tu Jah. Esok kami dah nak pulang tak kan nak merajuk lagi”, kata Hanum pula.

            “Hehe mana de Jah majuk.  Jah gurau je lah. Tak sangka anak mama pandai puji eh…” sambil melihat kepada anaknya. Anak-anaknya  hanya tersenym. “Jah tak merajuk pun la. Saje je wat kamu bersalah, maaf ye”, sambil membuat muka tidak bersalah.

            “Sal dah agak dah dari kecik sampai sekarang sama je kan..” kata Sal yang dah tau Jah hanya berpura-pura merajuk.

            “Kamu ni Jah…” Hanum membuat muka geram.

“Dah besar anak bujang sorang ni kan Sal?”, kata Hanum sambil mengusap kepala kanak-kanak lelaki itu.

            “Ya lah Anum, dah boleh buat menantu kita ini Anum”, kata Sal sambil tergelak diikuti teman-temannya. ”Betul tu Sal”,  jawab Hanum selepas itu.

            “Kalau anak awak tu perempuan boleh la jah masuk meming kelak. Dibuatnya lelaki macam mana?” kata Dijah.

            “Ha tu la awak tak tau Dijah. Baby yang ada dalam kandungan kami dua-dua girl tau. Memang leh sangat lau nak masuk meminang”, Kata Hanum sambil mengusap perutnya yang sederhana besar itu.

            “La ye ke..tak sangkakan hasrat korang tercapai nak anak perempuan. Tapi kena la tanye tuan badan dulu nak yang mana kan takan nak dua-dua kot”, kata Dijah sambil menangkat anaknya bujangnya dan didudukan diatas pehanya.  “Ha Di sayang. Dalam perut Cik Sal Dan Cik Hanum ada dua girl. Di nak pilih yang mana?”.

            “Anak kecil yang baru berusia 6 tahun itu diam seketika selepas mendengar pertanyaan mamanya sambil meletakkan tangannya ke dagu seolah-olah berfikir. “Em Di rasa ……” dia bangun dari pangkuan ibunya dan menyangkung di depan Cik Sal Dan Cik Hanum.  Anak kecil itu meletakan tanganya di atas kedua-dua perut wanita itu. Mukanya di senyumkan di depan Cik Sal Dan Cik Hanum. Macam comel la konon.

            “Ha mama..Di dah tau..”, sambil bangun dan menoleh ke mamanya. “Di nak dua-dua la mama.  Boleh?”, kata anak itu selamba. Dijah, Sal dan Hanum terkejut seketika dengan penyataan anak itu dan ketawa.

            “Ha..Boleh ke Di jaga dua-dua ni?”, kata Dijah seperti tidak percaya anaknya akan berkata seperti itu.

            “Boleh mama.. Di kan kuat cam Superman jadi Di leh jaga dua-dua ma”, jawab anak kecil itu.

            “Ha Sal Num,cam ne sanggup ke kamu memadukan anak mu itu?”, tanya Dijah sambil tersenyum.

            “Kalau kita ni pun tak sanggup ini kan pula anka-anak kita Jah”, kata Sal dan Hanum serentak. Mereka menoleh sesame sendiri kerana terkejut boleh berkata serentak. Dijah melihat pelik dan ketawa selepas itu. Akhirnya mereka bertiga ketawa bersama-sama.

Akhirnya ketiga sahabat itu ketawa riang dipetang itu.  Mereka menghabiskan masa bersama sebelum mereka berpisah lagi. 

‘Ya Allah..Indah sungguh hari ni’ desis hati 3 sahabat ini serentak.

Hope enjoy =>
<sambung>

laGu JANGAN LUPA NAMAKU Lagu&lirik by POMPA BENSIN

JANGAN LUPA NAMAKU

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana...
Aku mengingati mu
Kerana...
Aku men’cintaimu...

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana...
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu sepenuh hati...

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana...
Aku merindui mu
Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu......

Lagu&lirik by POMPA BENSIN

Jumaat, 15 Julai 2011

sEjAraH AsiA kErTAs 2 (tEMa 2)


(soalan 5)
Bincangkan perluasan kuasa Barat di Sabah dari tahun 1865 hingga 1888 dan Sarawak dari tahun 1840 hingga 1905.
A.      Pengenalan :
Perluasan kuasa asing di Sabah bermula dari tahun 1865, melibat beberapa individu mahupun syarikat perdagangan dan kemudiannya pihak British berjaya menguasai Sabah menerusi Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada 1881 dan seterusnya mengukuhkan kekuasaanya pada 1888 apabila Sabah menjadi negeri naungan British. Sementara itu perluasan kuasa Barat di Sarawak antara tahun 1840 hingga 1905 dilakukan oleh keluarga Brooke. Perluasan kuasa keluarga Brooke berlaku secara berperingkat-peringkat sehinggalah kewujudan Sarawak seperti yang ada sekarang ada 1905.

B.      Isi :
1.      Proses perluasan kuasa British di Sabah……
Ø  Bermula dengan Claude Lee Moses (seorang warga Amerika pd tahun 1865)
-          mendapatkan dua konsesi pajakan beberapa kawasan di Sabah daripada Sultan Abdul Mu’min (Brunei) selama sepuluh tahun dan tempoh konsesinya boleh diperbaharui.
-          Konsesi pajakan pertama meliputi kawasan dari Sungai Sulaman di pantai barat hingga Sungai Paitan di timur laut.
-          Konsesi pajakan kedua pula meliputi kawasan Benoni, Kimanis, Paitan, Sugut, Bongaya, Babuk, Sandakan, Kinabatangan, Cagayan dan Muning.
-          Bagi mendapatkan keuntungan segera, Moses telah menjual hak pajakannya kepada Joseph William Torrey dan Thomes B. Haris serta seorang pedagang Cina, Wo Hang.
Ø  Joseph William Torrey dan Thomes B. Haris serta seorang pedagang Cina, Wo Hang (pedagang Amerika di Hong Kong)
-          Pemindahan milikan pajakan tersebut telah disahkan oleh Sultan Abdul Mu’min pada 24 November 1865.
-          Torrey telah menubuhkan The American Trading Company untuk memajukan kawasan tersebut.
-           Joseph Torrey juga gagal untuk mengaut keuntungan terhadap pajakan tersebut.
-           Menjual konsesinya kepada Gustavus Baron de Overback.
Ø  Gustavus Baron de Overback (Konsul-Jeneral Austria di Hong Kong pada tahun 1875)
-          Berlaku kekurangan modal.
-          Overback telah menjalankan usahasama dengan syarikat British yang dimiliki oleh Dent Brothers pada tahun 1877.
-          Kerjasama ini telah mencetuskan satu perjanjian baru antara Sultan Brunei (Sultan Abdul Mu’min) dengan Syarikat Overback dan Dent.
-           Mereka berjaya memperbaharui pajakan sebagaimana yang telah diperolehi oleh Moses tetapi kali ini tanpa had tempoh pajakan.
-          Sultan Abdul Mu’min turut bersetuju menyerahkan semua hak pertuanan dan kedaulatan ke atas kawasan tersebut yang kini dikenali sebagai Sabah kepada Overback dan Dent.
-          Manakala Sultan Brunei pula telah memperolehi ganjaran $12,000 setahun.
-          Berlaku  masalah pertindihan kuasa dengan Kesultanan Sulu kerana Sultan Sulu juga dikatakan mempunyai kuasa ke atas Sabah.
-          Overback dengan diiringi oleh Pemangku Gabenor Labuan, Willian Hood Treacher telah menemui dan mengadakan rundingan dengan Sultan Sulu.
-          Hasil rundingan tersebut mereka telah menandatangani perjanjian dengan Sultan Sulu pada 22 Januari 1878 di Meimbong, selatan Kepulauan Sulu.
-          Menurut perjanjian tersebut, Sultan Sulu iaitu Sultan Jamal Al-Alam bersetuju menyerahkan kesemua tanah dan hak pertuanan meliputi kawasan dari Sungai Sibuku hingga Sungai Padasan kepada Syarikat Overback dan Dent.
-          Beliau gagal mendapatkan bantuan kewangan daripada pemodal dan kerajaan Austria, pada tahun 1880.
-          Overback  telah menjualkan hak miliknya kepada Alfred Dent
Ø  Alfred Dent
-          Dent mempunyai kuasa penuh untuk mentadbir Sabah.
-          Namun begitu Dent pula berhadapan dengan masalah untuk mentadbir Sabah akibat kekurangan modal.
-          Menerusi bantuan beberapa orang pedagang British akhirnya Dent telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat perdagangan yang dikenali sebagai Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
-           Dent telah menjual saham syarikat untuk medapatkan modal di samping memohon untuk mendapatkan piagam diraja.
-          Piagam ini sangat penting bagi meningkatkan nilai perdagangan syarikat serta mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan British serta dapat manghalang kuasa-kuasa Barat yang lain daripada bertapak di Sabah.
-          Pada 1 November 1881, kerajaan British telah memberikan piagam diraja dan nama syarikat telah ditukar kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU).
-          Alfred Dent telah dilantik sebagai Pengarah Urusan syarikat yang manakala Willian Hood Treacher pula telah dilantik sebagai Gabenor British yang pertama di Sabah.
-          Melalui pemberian piagam diraja, secara tidak langsung kerajaan British telah berjaya meluaskan kuasa dan pengaruhnya di Sabah.
-          Pada Mei 1888, penguasaan British di Sabah semakin kukuh apabila Sabah telah dijadikan negeri naungan British (British protectorate state) sebagaimana negeri Sarawak dan Brunei.

2.      Proses perluasan kuasa british di Sarawak.
Ø  Sepanjang abad ke-19, berlaku beberapa peringkat perluasan kuasa keluarga Brooke di Sarawak yang terletak di bawah kekuasaan Sultan Brunei.
-          Brooke telah mendesak Sultan Brunei supaya melepaskan beberapa wilayah yang masih dimiliki baginda.
-          Selepas selesai proses pengambilan wilayah-wilayah tersebut pada tahun 1905, wujudlah negeri Sarawak seperti yang ada sekarang.
-           Sehingga tahun 1846, James Brooke hanya berkuasa di wilayah Sarawak yang meliputi kawasan dari Tanjung Datu sehingga ke kawasan yang terletak di antara Sungai Samarahan dan Sungai Sadong.
-          James Brooke berusaha untuk memperluaskan lagi kawasannya di Sarawak.
-          Pada Ogos 1853 Sultan Abdul Mu’min telah membuat perjanjian dengan James Brooke dan telah menyerahkan kawasan-kawasan di sekitar Sungai Sadong, Batang Lupar, Saribas, Sungai Kerian dan Kalaka.
-          Melalui perjanjian ini James Brooke bersetuju membayar $1,500 setahun kepada Sultan Brunei.
-          Pada Ogos 1861, Sultan Abdul Mu’min yang didesak oleh Brooke terpaksa menyerahkan beberapa lagi kawasan.
-          Sultan Brunei tersebut bersetuju menyerahkan kawasan-kawasan pinggir pantai di antara Sungai Rajang dengan Tanjung Kidurong.
-          Dengan itu Brooke turut menguasai Mukah dan mendirikan kubu-kubu di Kanowit dan Sarikei.
Ø  Selepas kamatian James Brooke pada tahun 1868..
-           Pentadbiran Sarawak telah diambilalih oleh Charles Brooke.
-          Beliau telah meneruskan usaha-usaha untuk memperluaskan wilayah Sarawak.
-          Pada 1883, beliau telah mengambil wilayah dari Tanjung Kidurong hingga ke Baram.
-          Penyerahan wilayah ini berlaku akibat kegagalan Sultan Brunei mengawal pemberontakan Orang Kayan.
-          Dengan pemgambilan ini, kawasan-kawasan di bahagian pantai dari Tanjung Kidurong hingga ke Sungai Baram termasuk Similajau, Suai, Niah dan Sibuti jatuh ke bawah kekuasaan kerajaan Brooke.
-          Setelah penyerahan kawasan Sungai Baram kepada Sarawak, pergaduhan telah
berlaku di di kawasan Sungai Trusan.
-          Akibatnya Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mu’min telah menyerahkan daerah Sungai Trusan kepada Brooke.
-          Penduduk Limbang di sempadan Brunei-Sarawak telah melakukan pemberontakan
terhadap kerajaan Brunei sejak 1884.
-          Pemberontakan ini berpunca daripada kezaliman pembesar-pembesar Brunei yang memerintah daerah tersebut.
-          Pada Mac 1890, ketua penduduk-penduduk di Limbang telah mengibarkan bendera kerajaan Sarawak untuk mendapatkan perlindungan.
-          Pada Mac 1890, Charles Brooke telah mengambil daerah Limbang untuk membantu para penduduk yang tertindas.
-          Tindakan tersebut mendapat kebenaran pemerintah Kesultanan Brunei iaitu Sultan Hashim.
-          Perluasan kuasa Brooke di Sarawak bertambah luas apabila berlakunya masalah sempadan di antara Sarawak dengan Syarikat Berpiagam Borneo Utara ( SBBU ).
-          Charles Brooke telah membeli daerah Lawas daripada SBBU pada 1905.
-          Dengan pembelian Lawas, wujudlah negeri Sarawak seperti mana yang ada sekarang.

C.      Kesimpulannya:
Penghujung abad ke-19, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu telah kehilangan hak, kepentingan dan dan ketuanan di wilayah Sabah apabila British melalui SBBU berkuasa sepenuhnya terhadap wilayah tersebut pada 1888. SBBU telah memajukan Sabah demi kepentingan mereka dengan pelbagai pembaharuan ekonomi dan sosial tetapi pada hakikatnya pembaharuan tersebut tidak menguntungkan penduduk tempatan. Proses perluasan kuasa dan wilayah Sarawak telah dimulakan oleh James Brooke pada tahun 1841 dan telah dilenggapkan oleh anak saudaranya Charles Brooke pada 1905 melalui pembelian Lawas. Sarawak di bawah pentadbiran keluarga Brooke telah berkembang pesat dalam pelbagai bidang sama ada politik, ekonomi mahupun sosial.




Soalan 6.
Jelaskan sebab-sebab penubuhan Ngeri-Negeri Melayu Bersekutu (Persekutuan Tanah Melayu) pada tahun 1896.
A.      Pendahuluan:
Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh Frank Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yangbaru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuanyang ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan NegeriSembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Tidak dinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dansosial di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidakmenyeluruh kerana corak pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhanPersekutuan, diharapkan masalah ini dapat diatasi. Hakikatnya, penubuhanPersekutuan 1895 merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa raja -raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri -negeri Melayu.Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong British untuk menubuhkanPersekutuan 1896 dan penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa kesan. 

B.      Isi :
Ø  Sebab-sebab penubuhaban persekutuan tanah melayu
1.      Masalah kewangan Pahang.
-          British telah campur tangan di Pahang kerana menyangka negeri itu mempunyai banyak hasil bumi seperti emas dan bijih timah.
-          Setelah menduduki Pahang, barulah British sedar beberapa kelemahan Pahang iaitu kedudukan Pahang yang sukar dihubungi dari laut selama enam bulan, iaitu semasa musim tengkujuh (November hingga Mac).
-          Pahang juga sukar dihubungi oleh jalan darat kerana terhalang oleh Banjaran Titiwangsa.
-          Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang banyak.
-          British mendapati hasil emas sudah habis kerana telah sekian lama dilombong oleh orang Melayu, Cina, dan Siam.
-          Tambahan pula, tidak banyak orang Cina yang menetap di Pahang.
-          Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil cukai daripada candu, judi, dan arak.
-          Kerajaan British mengalami masalah kewangan yang kritikal setelah menduduki Pahang kerana Pahang tida k mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, tambahan pula British terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan Pahang.
-          Seterusnya,kerajaan British terpaksa meminjam wang daripada NNS bagi membiayai kospentadbiran Pahang.
-          Pada tahun 1892, hutang Pahang berjumlah $ 610 000.
-          NNS sudah tidak mampu lagi untuk memberi pinjaman kepada British untuk membiayai Pahang kerana sedang mengalami zaman kemelesetan.
-          NNS telah mencadangkan agar Pahang meminjam wang daripada Selangor dan Perak.
-          Kewangan British di Pahang bertambah teruk apabila terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk mengatasi penentangan masyarakat tempatan yang diketuai oleh Dato Bahaman.
-          Walaupun menghadapi masalah kewangan yangserius di Pahang, kerajaan British tidak mahu menarik diri dari Pahang kerana tidak mahu imejnya terjejas.
-          British juga tidak mahu kuasa Barat seperti Jerman dan Perancis menduduki Pahang.
-          Dengan pembentukan Persekutuan,diharap negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Selangor, Negeri Sembilan danPerak boleh memberi bantuan kewangan kepada Pahang.
-          Dengan cara ini,masalah kewangan Pahang dapat diatasi.

2.       Kelemahan Sistem Residan.
-          Kerajaan British menyedari bahawa Sistem Residan mempunyai beberapa kelemahan.
-          Ini dibuktikan oleh penentanganmasyarakat tempatan yang berlaku di Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan.
-          Selain itu, kemajuan setiap negeri di bawah Sistem Residen tidak seragam.
-          Terdapat negeri yang berkembang pesat tetapi terdapat juga negeri yangmasih mundur dan mengalami banyak masalah.
-          Keadaan ini bergantung kepada kebolehan dan kecekapan seseorang residen itu.
-          Selain itu, kerajaanBritish mahu mengurangkan kuasa Residen.
-          Setelah Sistem Residen di laksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, residen merupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan ekonomi  di negerimasing-masing.
-          Walaupun residen dikehendaki selalu merujuk kepada gabenor mengenai pentadbiran negeri masing-masing, tetapi gabenor tidak dapatmengawal tindakan residen.
-          Pada tahun 1890-an, keempat-empat negeritersebut terpisah dengan sendirinya di bawah residen.
-          Walaupun ditubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri, tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasamenyekat kehendak dan kuasa residen.
-          Penubuhan Persekutuan 1896 diharapdapat mengurangkan kuasa mutlak residen.

3.      Menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran.
-          Sistem Residen menunjukkan bahawa setiapresiden mentadbir negeri dengan cara berbeza.
-          Hal ini disebabkan kerajaan British tidak menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen.
-          Maka,wujudlah ketidakseimbangan dalam pentadbiran.
-          Akibatnya, ada negeri -negeriyang kaya dan ada negeri yang miskin.
-          Kemajuan atau kemunduran sesebuahnegeri bergantung kepada inisiatif dan sikap residen.
-          Kerajaan British cubamewujudkan keseragaman dalam perundangan, sistem pungutan cukai pertanian, perhubungan, perlombongan, dan kesihatan di negeri-negeriMelayu
-           Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan dapat mewujudkan satu sistem pentadbiran yang selaras di bawah kawalan residen jeneral.
-          Penyeragaman bidang pentadbiran akan mempercepat pembangunan ekonomi dan menjimatkan perbelanjaan.
-          Sistem perhubungan seperti jalanraya dan jalan kereta api tidak berkembang maju di negeri-negeri Melayu.

4.      Sistem pengangkutan dapat dimajukan.
-          British akan mendapat faedah apabila terdapat sistem jalan raya dan jalankerata api menghubungkan antara negeri-negeri Melayu yang terlibat.
-           Sistem pengangkutan yang baik antara negeri dapat memudahkan dan mempercepat proses penghantaran hasil bumi ke pelabuhan untuk dieksport.

5.      Pertahanan dan keselamatan.
-          Kerajaan British mahu mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untukmempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman di dalam dan di luarnegeri.
-          Semasa berlaku penentangan masyarakat tempatan di Pahang danPerak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hongkong, dan India.
-          Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untukmengupah tentera tersebut. Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah memudahkan pentadbiran British kerana tentera ini dapatmempertahankan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan negeri-negerilain sekiranya berlaku penentangan dan peperangan.

6.      Dasar British
-          Semenjak tahun 1890an lagi British telah menggalakkan penubuhan Persekutuan ini di Tanah Jajahannya yang lain seperti Afrika dan Australia dan kesannya menunjukkan kejayaan.
-          Sehubungan itu,dasar ini difikirkan sesuai untuk dilaksanakan di Tanah Melayu.
-          Melalui pergabungan ini, sistem kewangan, pembangunan ekonomi, pentadbiran dan pemantauan dapat dilakukan dan diselaraskan serta menjimatkan pendapatan.
-          Secara tidak langsung dasar pro persekutuan ini memperkuatkan pandangan British untuk memperkenalkan Persekutuan di antara negeri Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Ø  Ciri-ciri persekutuan :
(i)                Negeri Pahang,Perak, Selangor dan Negeri Sembilan disatukan di bawah naungan British yang kemudiannya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu
(ii)              Setiap negaeri akan mempunyai Residen yang bertanggungjawab kepada Residen Jeneral.
(iii)            Pentadbiran pusat Persekutuan akan diketuai oleh Residen Jeneral yang berpusat di Kuala Lumpur.
(iv)             Residen Jeneral bertanggung jawab terhadap Pesusuruhjaya Tinggi yang turut menjawat Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura.
(v)              Residen Jeneral bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran kecuali adat istiadat dan agama Islam.
(vi)            Perkhidmatan Awam Persekutuan ditubuhkan antaranya Peguam Negara, Pesuruhjaya Keadilan, Pesuruhjaya Polis, Pesuruhjaya Kewangan dan
Pengarah Jabatan Kerja Raya dan kesemuanya adalah di bawah kawalan Residen Jeneral.

C.      Penutup :
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 bertujuan untuk membantu memajukan negeri yang kurang kemampuan dari segi pengurusan kewangan dan pembangunan ekonomi,contohnya Pahang. Di samping menyeragamkan sistem pentadbiran,ekoran tiadanya penyelarasan system Residen.

Pengikut