sELamaT DatnG

ini blog sy ... hasil jari jemari saya ... hasil luahan hati sy ... kalau korang suka dialukan follow ... tp lau x xpe la ... TeRiMa KaSiH atAs kEsUDiaN dAtanG Ke BLog Saya ... =D LuV AlL

Jumaat, 15 Julai 2011

sEjAraH AsiA kErTAs 2 (tEMa 2)


(soalan 5)
Bincangkan perluasan kuasa Barat di Sabah dari tahun 1865 hingga 1888 dan Sarawak dari tahun 1840 hingga 1905.
A.      Pengenalan :
Perluasan kuasa asing di Sabah bermula dari tahun 1865, melibat beberapa individu mahupun syarikat perdagangan dan kemudiannya pihak British berjaya menguasai Sabah menerusi Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada 1881 dan seterusnya mengukuhkan kekuasaanya pada 1888 apabila Sabah menjadi negeri naungan British. Sementara itu perluasan kuasa Barat di Sarawak antara tahun 1840 hingga 1905 dilakukan oleh keluarga Brooke. Perluasan kuasa keluarga Brooke berlaku secara berperingkat-peringkat sehinggalah kewujudan Sarawak seperti yang ada sekarang ada 1905.

B.      Isi :
1.      Proses perluasan kuasa British di Sabah……
Ø  Bermula dengan Claude Lee Moses (seorang warga Amerika pd tahun 1865)
-          mendapatkan dua konsesi pajakan beberapa kawasan di Sabah daripada Sultan Abdul Mu’min (Brunei) selama sepuluh tahun dan tempoh konsesinya boleh diperbaharui.
-          Konsesi pajakan pertama meliputi kawasan dari Sungai Sulaman di pantai barat hingga Sungai Paitan di timur laut.
-          Konsesi pajakan kedua pula meliputi kawasan Benoni, Kimanis, Paitan, Sugut, Bongaya, Babuk, Sandakan, Kinabatangan, Cagayan dan Muning.
-          Bagi mendapatkan keuntungan segera, Moses telah menjual hak pajakannya kepada Joseph William Torrey dan Thomes B. Haris serta seorang pedagang Cina, Wo Hang.
Ø  Joseph William Torrey dan Thomes B. Haris serta seorang pedagang Cina, Wo Hang (pedagang Amerika di Hong Kong)
-          Pemindahan milikan pajakan tersebut telah disahkan oleh Sultan Abdul Mu’min pada 24 November 1865.
-          Torrey telah menubuhkan The American Trading Company untuk memajukan kawasan tersebut.
-           Joseph Torrey juga gagal untuk mengaut keuntungan terhadap pajakan tersebut.
-           Menjual konsesinya kepada Gustavus Baron de Overback.
Ø  Gustavus Baron de Overback (Konsul-Jeneral Austria di Hong Kong pada tahun 1875)
-          Berlaku kekurangan modal.
-          Overback telah menjalankan usahasama dengan syarikat British yang dimiliki oleh Dent Brothers pada tahun 1877.
-          Kerjasama ini telah mencetuskan satu perjanjian baru antara Sultan Brunei (Sultan Abdul Mu’min) dengan Syarikat Overback dan Dent.
-           Mereka berjaya memperbaharui pajakan sebagaimana yang telah diperolehi oleh Moses tetapi kali ini tanpa had tempoh pajakan.
-          Sultan Abdul Mu’min turut bersetuju menyerahkan semua hak pertuanan dan kedaulatan ke atas kawasan tersebut yang kini dikenali sebagai Sabah kepada Overback dan Dent.
-          Manakala Sultan Brunei pula telah memperolehi ganjaran $12,000 setahun.
-          Berlaku  masalah pertindihan kuasa dengan Kesultanan Sulu kerana Sultan Sulu juga dikatakan mempunyai kuasa ke atas Sabah.
-          Overback dengan diiringi oleh Pemangku Gabenor Labuan, Willian Hood Treacher telah menemui dan mengadakan rundingan dengan Sultan Sulu.
-          Hasil rundingan tersebut mereka telah menandatangani perjanjian dengan Sultan Sulu pada 22 Januari 1878 di Meimbong, selatan Kepulauan Sulu.
-          Menurut perjanjian tersebut, Sultan Sulu iaitu Sultan Jamal Al-Alam bersetuju menyerahkan kesemua tanah dan hak pertuanan meliputi kawasan dari Sungai Sibuku hingga Sungai Padasan kepada Syarikat Overback dan Dent.
-          Beliau gagal mendapatkan bantuan kewangan daripada pemodal dan kerajaan Austria, pada tahun 1880.
-          Overback  telah menjualkan hak miliknya kepada Alfred Dent
Ø  Alfred Dent
-          Dent mempunyai kuasa penuh untuk mentadbir Sabah.
-          Namun begitu Dent pula berhadapan dengan masalah untuk mentadbir Sabah akibat kekurangan modal.
-          Menerusi bantuan beberapa orang pedagang British akhirnya Dent telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat perdagangan yang dikenali sebagai Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
-           Dent telah menjual saham syarikat untuk medapatkan modal di samping memohon untuk mendapatkan piagam diraja.
-          Piagam ini sangat penting bagi meningkatkan nilai perdagangan syarikat serta mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan British serta dapat manghalang kuasa-kuasa Barat yang lain daripada bertapak di Sabah.
-          Pada 1 November 1881, kerajaan British telah memberikan piagam diraja dan nama syarikat telah ditukar kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU).
-          Alfred Dent telah dilantik sebagai Pengarah Urusan syarikat yang manakala Willian Hood Treacher pula telah dilantik sebagai Gabenor British yang pertama di Sabah.
-          Melalui pemberian piagam diraja, secara tidak langsung kerajaan British telah berjaya meluaskan kuasa dan pengaruhnya di Sabah.
-          Pada Mei 1888, penguasaan British di Sabah semakin kukuh apabila Sabah telah dijadikan negeri naungan British (British protectorate state) sebagaimana negeri Sarawak dan Brunei.

2.      Proses perluasan kuasa british di Sarawak.
Ø  Sepanjang abad ke-19, berlaku beberapa peringkat perluasan kuasa keluarga Brooke di Sarawak yang terletak di bawah kekuasaan Sultan Brunei.
-          Brooke telah mendesak Sultan Brunei supaya melepaskan beberapa wilayah yang masih dimiliki baginda.
-          Selepas selesai proses pengambilan wilayah-wilayah tersebut pada tahun 1905, wujudlah negeri Sarawak seperti yang ada sekarang.
-           Sehingga tahun 1846, James Brooke hanya berkuasa di wilayah Sarawak yang meliputi kawasan dari Tanjung Datu sehingga ke kawasan yang terletak di antara Sungai Samarahan dan Sungai Sadong.
-          James Brooke berusaha untuk memperluaskan lagi kawasannya di Sarawak.
-          Pada Ogos 1853 Sultan Abdul Mu’min telah membuat perjanjian dengan James Brooke dan telah menyerahkan kawasan-kawasan di sekitar Sungai Sadong, Batang Lupar, Saribas, Sungai Kerian dan Kalaka.
-          Melalui perjanjian ini James Brooke bersetuju membayar $1,500 setahun kepada Sultan Brunei.
-          Pada Ogos 1861, Sultan Abdul Mu’min yang didesak oleh Brooke terpaksa menyerahkan beberapa lagi kawasan.
-          Sultan Brunei tersebut bersetuju menyerahkan kawasan-kawasan pinggir pantai di antara Sungai Rajang dengan Tanjung Kidurong.
-          Dengan itu Brooke turut menguasai Mukah dan mendirikan kubu-kubu di Kanowit dan Sarikei.
Ø  Selepas kamatian James Brooke pada tahun 1868..
-           Pentadbiran Sarawak telah diambilalih oleh Charles Brooke.
-          Beliau telah meneruskan usaha-usaha untuk memperluaskan wilayah Sarawak.
-          Pada 1883, beliau telah mengambil wilayah dari Tanjung Kidurong hingga ke Baram.
-          Penyerahan wilayah ini berlaku akibat kegagalan Sultan Brunei mengawal pemberontakan Orang Kayan.
-          Dengan pemgambilan ini, kawasan-kawasan di bahagian pantai dari Tanjung Kidurong hingga ke Sungai Baram termasuk Similajau, Suai, Niah dan Sibuti jatuh ke bawah kekuasaan kerajaan Brooke.
-          Setelah penyerahan kawasan Sungai Baram kepada Sarawak, pergaduhan telah
berlaku di di kawasan Sungai Trusan.
-          Akibatnya Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mu’min telah menyerahkan daerah Sungai Trusan kepada Brooke.
-          Penduduk Limbang di sempadan Brunei-Sarawak telah melakukan pemberontakan
terhadap kerajaan Brunei sejak 1884.
-          Pemberontakan ini berpunca daripada kezaliman pembesar-pembesar Brunei yang memerintah daerah tersebut.
-          Pada Mac 1890, ketua penduduk-penduduk di Limbang telah mengibarkan bendera kerajaan Sarawak untuk mendapatkan perlindungan.
-          Pada Mac 1890, Charles Brooke telah mengambil daerah Limbang untuk membantu para penduduk yang tertindas.
-          Tindakan tersebut mendapat kebenaran pemerintah Kesultanan Brunei iaitu Sultan Hashim.
-          Perluasan kuasa Brooke di Sarawak bertambah luas apabila berlakunya masalah sempadan di antara Sarawak dengan Syarikat Berpiagam Borneo Utara ( SBBU ).
-          Charles Brooke telah membeli daerah Lawas daripada SBBU pada 1905.
-          Dengan pembelian Lawas, wujudlah negeri Sarawak seperti mana yang ada sekarang.

C.      Kesimpulannya:
Penghujung abad ke-19, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu telah kehilangan hak, kepentingan dan dan ketuanan di wilayah Sabah apabila British melalui SBBU berkuasa sepenuhnya terhadap wilayah tersebut pada 1888. SBBU telah memajukan Sabah demi kepentingan mereka dengan pelbagai pembaharuan ekonomi dan sosial tetapi pada hakikatnya pembaharuan tersebut tidak menguntungkan penduduk tempatan. Proses perluasan kuasa dan wilayah Sarawak telah dimulakan oleh James Brooke pada tahun 1841 dan telah dilenggapkan oleh anak saudaranya Charles Brooke pada 1905 melalui pembelian Lawas. Sarawak di bawah pentadbiran keluarga Brooke telah berkembang pesat dalam pelbagai bidang sama ada politik, ekonomi mahupun sosial.




Soalan 6.
Jelaskan sebab-sebab penubuhan Ngeri-Negeri Melayu Bersekutu (Persekutuan Tanah Melayu) pada tahun 1896.
A.      Pendahuluan:
Idea tentang pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh Frank Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistem pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik yangbaru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuanyang ditandatangani pada 1 Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan NegeriSembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Tidak dinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dansosial di negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidakmenyeluruh kerana corak pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhanPersekutuan, diharapkan masalah ini dapat diatasi. Hakikatnya, penubuhanPersekutuan 1895 merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa raja -raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri -negeri Melayu.Terdapat beberapa faktor utama yang mendorong British untuk menubuhkanPersekutuan 1896 dan penubuhan ini turut mengakibatkan beberapa kesan. 

B.      Isi :
Ø  Sebab-sebab penubuhaban persekutuan tanah melayu
1.      Masalah kewangan Pahang.
-          British telah campur tangan di Pahang kerana menyangka negeri itu mempunyai banyak hasil bumi seperti emas dan bijih timah.
-          Setelah menduduki Pahang, barulah British sedar beberapa kelemahan Pahang iaitu kedudukan Pahang yang sukar dihubungi dari laut selama enam bulan, iaitu semasa musim tengkujuh (November hingga Mac).
-          Pahang juga sukar dihubungi oleh jalan darat kerana terhalang oleh Banjaran Titiwangsa.
-          Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang banyak.
-          British mendapati hasil emas sudah habis kerana telah sekian lama dilombong oleh orang Melayu, Cina, dan Siam.
-          Tambahan pula, tidak banyak orang Cina yang menetap di Pahang.
-          Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil cukai daripada candu, judi, dan arak.
-          Kerajaan British mengalami masalah kewangan yang kritikal setelah menduduki Pahang kerana Pahang tida k mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, tambahan pula British terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan Pahang.
-          Seterusnya,kerajaan British terpaksa meminjam wang daripada NNS bagi membiayai kospentadbiran Pahang.
-          Pada tahun 1892, hutang Pahang berjumlah $ 610 000.
-          NNS sudah tidak mampu lagi untuk memberi pinjaman kepada British untuk membiayai Pahang kerana sedang mengalami zaman kemelesetan.
-          NNS telah mencadangkan agar Pahang meminjam wang daripada Selangor dan Perak.
-          Kewangan British di Pahang bertambah teruk apabila terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk mengatasi penentangan masyarakat tempatan yang diketuai oleh Dato Bahaman.
-          Walaupun menghadapi masalah kewangan yangserius di Pahang, kerajaan British tidak mahu menarik diri dari Pahang kerana tidak mahu imejnya terjejas.
-          British juga tidak mahu kuasa Barat seperti Jerman dan Perancis menduduki Pahang.
-          Dengan pembentukan Persekutuan,diharap negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Selangor, Negeri Sembilan danPerak boleh memberi bantuan kewangan kepada Pahang.
-          Dengan cara ini,masalah kewangan Pahang dapat diatasi.

2.       Kelemahan Sistem Residan.
-          Kerajaan British menyedari bahawa Sistem Residan mempunyai beberapa kelemahan.
-          Ini dibuktikan oleh penentanganmasyarakat tempatan yang berlaku di Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan.
-          Selain itu, kemajuan setiap negeri di bawah Sistem Residen tidak seragam.
-          Terdapat negeri yang berkembang pesat tetapi terdapat juga negeri yangmasih mundur dan mengalami banyak masalah.
-          Keadaan ini bergantung kepada kebolehan dan kecekapan seseorang residen itu.
-          Selain itu, kerajaanBritish mahu mengurangkan kuasa Residen.
-          Setelah Sistem Residen di laksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, residen merupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan ekonomi  di negerimasing-masing.
-          Walaupun residen dikehendaki selalu merujuk kepada gabenor mengenai pentadbiran negeri masing-masing, tetapi gabenor tidak dapatmengawal tindakan residen.
-          Pada tahun 1890-an, keempat-empat negeritersebut terpisah dengan sendirinya di bawah residen.
-          Walaupun ditubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri, tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasamenyekat kehendak dan kuasa residen.
-          Penubuhan Persekutuan 1896 diharapdapat mengurangkan kuasa mutlak residen.

3.      Menyelaras dan menyeragamkan pentadbiran.
-          Sistem Residen menunjukkan bahawa setiapresiden mentadbir negeri dengan cara berbeza.
-          Hal ini disebabkan kerajaan British tidak menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen.
-          Maka,wujudlah ketidakseimbangan dalam pentadbiran.
-          Akibatnya, ada negeri -negeriyang kaya dan ada negeri yang miskin.
-          Kemajuan atau kemunduran sesebuahnegeri bergantung kepada inisiatif dan sikap residen.
-          Kerajaan British cubamewujudkan keseragaman dalam perundangan, sistem pungutan cukai pertanian, perhubungan, perlombongan, dan kesihatan di negeri-negeriMelayu
-           Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan dapat mewujudkan satu sistem pentadbiran yang selaras di bawah kawalan residen jeneral.
-          Penyeragaman bidang pentadbiran akan mempercepat pembangunan ekonomi dan menjimatkan perbelanjaan.
-          Sistem perhubungan seperti jalanraya dan jalan kereta api tidak berkembang maju di negeri-negeri Melayu.

4.      Sistem pengangkutan dapat dimajukan.
-          British akan mendapat faedah apabila terdapat sistem jalan raya dan jalankerata api menghubungkan antara negeri-negeri Melayu yang terlibat.
-           Sistem pengangkutan yang baik antara negeri dapat memudahkan dan mempercepat proses penghantaran hasil bumi ke pelabuhan untuk dieksport.

5.      Pertahanan dan keselamatan.
-          Kerajaan British mahu mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untukmempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman di dalam dan di luarnegeri.
-          Semasa berlaku penentangan masyarakat tempatan di Pahang danPerak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hongkong, dan India.
-          Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untukmengupah tentera tersebut. Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah memudahkan pentadbiran British kerana tentera ini dapatmempertahankan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan negeri-negerilain sekiranya berlaku penentangan dan peperangan.

6.      Dasar British
-          Semenjak tahun 1890an lagi British telah menggalakkan penubuhan Persekutuan ini di Tanah Jajahannya yang lain seperti Afrika dan Australia dan kesannya menunjukkan kejayaan.
-          Sehubungan itu,dasar ini difikirkan sesuai untuk dilaksanakan di Tanah Melayu.
-          Melalui pergabungan ini, sistem kewangan, pembangunan ekonomi, pentadbiran dan pemantauan dapat dilakukan dan diselaraskan serta menjimatkan pendapatan.
-          Secara tidak langsung dasar pro persekutuan ini memperkuatkan pandangan British untuk memperkenalkan Persekutuan di antara negeri Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Ø  Ciri-ciri persekutuan :
(i)                Negeri Pahang,Perak, Selangor dan Negeri Sembilan disatukan di bawah naungan British yang kemudiannya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu
(ii)              Setiap negaeri akan mempunyai Residen yang bertanggungjawab kepada Residen Jeneral.
(iii)            Pentadbiran pusat Persekutuan akan diketuai oleh Residen Jeneral yang berpusat di Kuala Lumpur.
(iv)             Residen Jeneral bertanggung jawab terhadap Pesusuruhjaya Tinggi yang turut menjawat Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura.
(v)              Residen Jeneral bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran kecuali adat istiadat dan agama Islam.
(vi)            Perkhidmatan Awam Persekutuan ditubuhkan antaranya Peguam Negara, Pesuruhjaya Keadilan, Pesuruhjaya Polis, Pesuruhjaya Kewangan dan
Pengarah Jabatan Kerja Raya dan kesemuanya adalah di bawah kawalan Residen Jeneral.

C.      Penutup :
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 bertujuan untuk membantu memajukan negeri yang kurang kemampuan dari segi pengurusan kewangan dan pembangunan ekonomi,contohnya Pahang. Di samping menyeragamkan sistem pentadbiran,ekoran tiadanya penyelarasan system Residen.

bLoG PeRtAmA SaYa

aKhiRnYa BloG nI SiaP Gak ...
 MCM x CayE jE...
TaPi BerSyuKur KerAnA Di beri PelUang waT BloG ni..
GemBira nYe...HAHAHA=)

Pengikut